
Assalamualaikum. terima kasih diucapkan atas kesudian tuan-tuan,puan-puan dan rakan sekalian. terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kepada tuhan. Atas segala nikmat yang diberikan di atas muka bumi ini. rakan-rakan ku yang setia sekalian, marilah kita bersama-sama sentiasa ingat-mengingatkan supaya membuat kebaikkan dan menjauhkan daripada kemungkaran. marilah kita renung-renungkan pada diri kita sendiri, cukupkah solat lima waktu kita? ingatkah kitab suci Al-quran kita? adakah kita bacanya selalu? masih ingatkah kita pada pencipta kita? rasul junjungan mulia kita? adakah setiap pekerjaan yang kita lakukan akan kita ingat padanya? dan adakah kita rehda atas ujian yang diberikan oehnya? kadangkala kita menjadi manusia yang lupa asal-usul kita sendiri. teman ku sekalian, cuba anda renungkan apa yang telah berlaku di dunia yang penuh pancaroba ini. macam-macam perkara yang boleh berlaku dan telah berlaku, saya sebagai penulis teramat kecewa. Adakah kita sedar bahawa kita akan kembali kepada yang maha esa?. Adakah kita sedar bahawa dunia ini adalah tumpangngan buat sementara?. Adakah kita sedar bahawa segala yang kita ada ini adalah milik yanga maha esa?. Lihatlah manusia di sekeliling kita, rakan-rakan kita, adik-beradik kita, keluarga kita semua. Sama-samalah kita fikirkan sendiri.